Wednesday, 18 July 2012


 PENGENALAN

Proses pembinaan meliputi segala aktiviti yang dilakukan di tapak binaan untuk memenuhi segala kehendak lukisan dan penentuan yang terkandung dalam sesuatu dokumen kontrak binaan. Kontrak binaan ialah perjanjian yang ditandatangani oleh klien (pemilik projek) dan kontraktor (pihak yang membina). Kontrak binaan hanya menentukan hasil yang dikehendaki dan tidak menentukan  bagaimana cara untuk mendapatkan hasil tersebut. Lukisan dan penentuan hanya memperincikan secara grafik dan bertulis tentang apa yang dikehendaki klien. Klien tidak berhak untuk mempersoalkan hasil yang telah disiapkan, tetapi tidak berhak campur tangan dari segi kaedah atau cara pembinaan.



TUJUAN

Bertujuan bagi memahami dan mengenal, menamakan pelbagai jenis tile Dan lain-lain kerja yang berkaitan menurut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan perkakas, peralatan serta bahan yang betul supaya hasil kerja menepati piawaian dan standard yang ditetapkan



LANTAI
Lantai adalah permukaan yang rata untuk menanggung beban penghuni,perabut,alatan dan kadang-kadang dinding dalam.Mengikut undang-undang kecil bangunan,lantai merupakan permukaan mana-mana tingkat bangunan termasuk rasuk,papan,batu,konkrit,besi atau apa-apa bahan yang ada kaitan dengan atau menjadi sebahagian daripada permukaan tersebut.

Beberapa jenis kemasan lantai iaitu pemasang kemasan lantai jubin, tile mozek iaitu jubin batu, jubin seramik dan mozek; kemasan lantai kayu iaitu papan jalur, parquet dan timber board, kemasan lantai sintetik iaitu jubin vinil dan linolium, dan kemasan lantai karpet iaitu karpet jubin dan karpet gulung. Selain itu pengiraan kos bahan dan kos pemasangan tile merupakan kerja-kerja akhir bagi pembinaan utuk tujuan bagi mendapatkan permukaan yang rata, kemas serta cantik. Selain iti ia juga digunakan sebagai hiasan mengikut kehendak pembinaan yang yag dilkukan.

Pemasangan tile juga sebagi penutup lantai bagi menambah kekuatan lantai, memudah pemeliharaan dan kebersihan lantai, serta mendekorasi ruangan (lantai). Selain fungsi-fungsi tersebut, efek pemasangan tile lantai juga menghadirkan atmosfer tertentu pada ruangan,bergantung jenis dan corak ytile yang dipilih.



DEFINISI KELEMBAPAN
Kelebapan sering berlaku pada tembok,lantai dan siling dalam bangunan.Sifat ini mengakibatkan permukaan tembok dan siling itu bertompok-tompok basah dan lantai sentiasa lembab.Keadaan seperti ini menimbulkan suasana dalam bangunan tersebut kurang sihat.

  

JENIS-JENIS KEMASAN LANTAI TANPA MGGUNAKAN TILE

a. Kemasan Licin (Cement Face)

Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) kemudian di ratakan pada permukaan lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang licin. Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.

b. Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)

Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir. Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span.

c.Kemasan Shanghai

Kemasan Shanghai dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai / pebbles stone) dengan simen portland biasa atau simen warna. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). Campuran bahan tadi dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula daripada bahagian bawah ke atas. Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.


d. Kemasan Kerutu (Rough Cast Finishing)

Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa. Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.



 e.Kemasan Skim (Skim Coat Finishing)

Kemasan skim dibuat hampir sama dengan kemasan licin, cuma bahan yang digunakan adalah daripada campuran air dan serbuk skim (skim coat) yang dibancuh menjadi pekat. Seterusnya bancuhan tadi dilepa pada permukaan kering yang telah dilepa untuk menampakkan kerataan dan kecantikan.




.


LIMANATE TILE

Sebagi penutup lantai bagi menambah kekuatan lantai, memudah pemeliharaan dan kebersihan lantai, serta mendekorasi ruangan (lantai). Selain fungsi-fungsi tersebut, efek pemasangan tile lantai juga menghadirkan atmosfer tertentu pada ruangan,bergantung jenis dan corak tile yang dipilih.

limanate merupakan satu jenis tile yang mana ia sama dengan jenis tile  lain yang digunakan dalm jenis pemasangan tile. Limanate tile hnya sesuai digunakan ditempat seperti hospital mengikut kesesuaian suhu. Tile ini juga sesuai diguakan untuk kediaman mengikut khendak individu.

Semua jenis tile adalah sesuai digunakan untuk jenis kemasan mengikut plan atau kehendak semasa pemasangan dilakukan. Setiap tile me,[unyai ciri-ciri tertentu seperti ketebalan, saiz, corak tahap ketahanan beban tile tersebut.

Kerja pemasangan tile tidaklah terlalu rumit kerana ia merupakan kerja-kerja akhir yang dilakukan semasa pembinaan bagi mendapatkan kerataan, kekemasan dah permukaan yang cantik.



JENIS-JENIS TILE





1.     Pengenalan vinly tile












2.     Jenis-jenis vinly tile
































































 VINYLTILE memiliki berbagai spesifikasi, diantaranya adalah antimicrobial, anti licin, mudah dibersihkan, anti rayap , jamur , tahan air dan cairan kimia, higinis dengan harga efisien, selain mempunyai banyak corak , warna pilihan dan ukuran yang bervariasi membuat VINYL mudah didesain dan disesuaikan dengan nuasa interior, dapat langsung dipasang diatas lantai yang sudah di flure dan di aci,atau langsung di atas lantai keramik selain mudah dalam pemasangan juga mudah jika dibongkar pasang tanpa merusak lantainya.








                  

·         Vinly boneo tile





                     

·         vinly lunak tile




  • vinly wallpapers tile





                  

·         Vinly wood tile







·         Vinly limanate tile









2 comments: